Semakin hari semakin banyak kes rogol atau liwat melibatkan kanak-kanak bawah umur berleluasa di Malaysia.
Terdahulu viral kes seorang budak lelaki 12 tahun merogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang dengan video lucah.
Bukan itu sahaja, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang sama. Dimana seorang budak lelaki 11 tahun rogol kakak sepupu 12 tahun walaupun dikatakan mempunyai perasaan suka sama suka.
Walau suka sama suka sekalipun, terma rogol terpakai kepada pelaku bawah usia 18 tahun.
Menurut seorang pengguna Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi, beliau telah menerima mesej dari seorang ibu yang mana anak lelakinya darjah 6 menerima surat dari seorang kanak-kanak perempuan darjah 5.
Kanak-kanak darjah 5 ajak bersetubuh
“Kepada ……
Nama aku ….., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?
Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you.”
Ya Allah apa nak jadi dengan budak-budak sekolah zaman sekarang!
Menurut pengguna Facebook ini, ibu kanak-kanak lelaki darjah 6 menggeletar seolah-seolah tidak percaya dengan isi surat ini semasa menceritakan kepadanya.
Budak perempuan ini mempunyai idea dan ianya serius bukannya main-main.
Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.
Faktor-faktor anak sekecil ini jadi sebegini:
Tidur bersama dengan ibu bapa
Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.
Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Ingat anak dah tidur?
Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?
Tonton pornografi
Segelintir dari budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih.
Pengaruh rakan sebaya di sekolah
Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.
Mangsa sex dari keluarga terdekat
Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina kepercayaan dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.
Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol, mereka tidak mengetahui bahawa dirinya adalah mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu normal dan menyeronokkan.
Lepas jadi mangsa, perogol akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.
Apakah kesan sampingannya kepada kanak-kanak?
Kanak-kanak yang jadi mangsa akan anggap seks itu normal dan akan lakukan kepada kawan-kawan.
Ibu Bapa anda perlu
Ajar anak-anak jangan cakap perkataan tak elok
Mengingatkan anak-anak jika dengar perkataan tak elok terus bagi tahu ibu dan ayah. Sebagai ibu bapa anda berperanan untuk menerangkan bahawa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.
Ingatkan anak-anak dapat surat cinta bagi tahu
Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.
Ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak
Sebagai ibu bapa ajar tentang bahagian-bahagian yang tidak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.
Jangan berjimak depan anak
Paling penting dan utama, jangan berjimak atau bercumbu-cumbuan di depan anak-anak.
Semoga perkongsian hari ini dapat membantu ibu bapa di luar sana membimbing anak-anak tidak terjebak dengan seks dari usia kecil atau menjadi mangsa seks orang dewasa yang rakus.
Sumber: Facebook