Sebelum Tonton Filem Jurassic World: Dominion, Ini Antara Perkara Menarik Yang Anda Wajib Tahu

Trending

Sebelum Tonton Filem Jurassic World: Dominion, Ini Antara Perkara Menarik Yang Anda Wajib Tahu

Sebut je tentang dinosaur, benda pertama yang akan terngiang-ngiang dalam fikiran anda mesti filem Jurassic World betul tak?

Mana taknya, filem ini memberi impak yang sangat besar buat penggemar filem bergenre sains fiksyen aksi sebab jalan ceritanya yang cukup menarik serta visual yang kelihatan sangat real!

Advertisement

Untuk anda yang gemar menonton Jurassic World, kami ada berita gembira untuk anda yang mana Jurassic World bakal mengeluarkan threequel terbaru iaitu Jurassic World: Dominion. Yeay!

Dengar cerita dalam threequel ni, manusia terpaksa menerima kewujudan dinosaur dalam kehidupan seharian. Tapi, yakin ke manusia tak akan gunakan dinosaur untuk kepentingan tersendiri? Haa, nak tau jom tengok trailer Jurassic World: Dominion sekarang!

Wow, kalau tengok trailer pun dah meremang, confirm best kalau tengok dekat pawagam nanti. Tapi sebelum anda serbu pawagam berdekatan, meh kami share dengan anda antara perkara yang anda wajib tahu.

1. Pelakon Asal Kembali Untuk Threequel Jurassic World: Dominion

Kalau anda pengikut setia filem Jurassic, anda pasti akan teruja untuk tonton threequel ni sebab ia mempunyai gandingan daripada pelakon asal filem Jurassic tau!

Untuk pengetahuan, ia telah disahkan secara rasmi oleh beberapa ahli pelakon bahawa Jurassic World: Dominion akan menampilkan ramai wajah yang dikenali seperti Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, dan BD Wong. 

Lebih menarik, Sam Neil, Laura Dern, dan Jeff Goldblum juga akan kembali dan akan disertakan dalam threequel ini. Wow, memang nostalgik betul!

Walaupun tidak diketahui bagaimana sebenarnya mereka akan terlibat dalam cerita itu, Jeff Goldblum sahkan bahawa Ian Malcolm mempunyai peranan yang menonjol.

2. Banyak Haiwan Digunakan Untuk Menghasilkan Bunyi Dinosaur

Sumber : Universal Pictures and Amblin En  

Bila tonton filem Jurassic World, mesti anda akan terkejut dan teruja dengan bunyi raungan dinosaur-dinosaur yang terdapat dalam filem ini. 

Tapi, pernah tak anda terfikir macam mana bunyi raungan dinosaur ini boleh terhasil dan dapat memberikan gambaran pada anda tentang bagaimana bunyi spesies terancam ini?

Haa, kalau anda nak tahu, sebenarnya untuk menghasilkan bunyi raungan T-Rex, banyak bunyi haiwan telah digunakan antaranya seperti anak gajah. Serius lah?

Manakala, untuk Dilophosaurus pula, bunyi haiwan yang digabungkan antaranya adalah monyet, pekik helang, desis ular tedung dan angsa. Menariknya!

3. Set Penggambaran Dilakukan Di Tapak Perhimpunan NASA 

Percaya ataupun tidak, penggambaran filem Jurassic pernah dirakam di tapak perhimpunan NASA Michoud di New Orleans, Louisiana tau.

Untuk pengetahuan anda, filem Jurassic World(2015) adalah antara filem dalam produksi Hollywood yang melakukan penggambaran di New Orleans kerana insentif cukai. 

Pihak produksi itu menyewakan bangunan besar di kemudahan NASA yang digunakan untuk membina tangki bahan api luaran untuk kapal angkasa. Memang terbaiklah!

4. Penghasilan Filem Jurassic World Bantu Bidang Paleontologi

Tahu tak, sejak filem Jurassic dikeluarkan di pawagam dan novel, minat terhadap bidang Paleontologi ni semakin meningkat dalam kalangan generasi muda tau. 

Filem ini telah memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka lebih mendalam mengenai kajian serta menjadikan bidang ini sebagai kerjaya mereka. Wow!

Menurut pengarang buku The Rise and Fall of the Dinosaurs: A New History of a Lost World, Steve Bursette yang merupakan seorang ahli paleontologi, beliau berpendapat bahawa ia adalah salah satu perkara terbaik yang pernah berlaku dalam bidang paleontologi. 

Haa, agak-agak lepas tengok Jurassic World: Dominion ni dapat buat korang terdetik nak ceburi bidang paleontologi tak?

Jadi, untuk anda yang mengikuti filem Jurassic mesti tak sabar nak tonton Jurassic World: Dominion ni kan?

Tonton Jurassic World: Dominion Untuk Ketahui Babak Yang Dipotong Daripada Jurassic World: Fallen Kingdom

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa babak tertentu dan idea mengenai integrasi dinosaur ke dunia dikeluarkan daripada skrip Jurassic World: Fallen Kingdom untuk disimpan dan dikeluarkan dalam Jurassic World: Dominion.

Jadi, kalau anda nak tahu apa apakah yang akan terjadi pada manusia dan dinosaur, adakah dinosaur pupus atau populasi manusia semakin berkurang, anda wajib tonton Jurassic World: Dominion di pawagam yang berdekatan pada 9 Jun ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...