Sebelum Smartphone, Ini 4 Gadget Paling Cool Era 90-An

Trending

Sebelum Smartphone, Ini 4 Gadget Paling Cool Era 90-An

Pada zaman sekarang, smartphone sudah menjadi seperti satu keperluan. Bukan sahaja orang dewasa dan remaja, malah kanak-kanak seawal usia tak sampai satu tahun pun sudah memiliki smartphone sendiri.

Tetapi masihkah korang ingat kenangan zaman sebelum kemunculan segala jenis smartphone yang canggih ni, ada beberapa gadget yang wajib ada dan jika sesiapa sahaja memilikinya pasti ramai yang cemburu.

Advertisement

Jom kita kembali ke zaman 90-an dan throwback empat gadget yang paling popular, hype dan boleh jadikan korang seorang yang cool.

Walkman

Sumber: Flypaper

Mula muncul dan diperkenalkan pada tahun 80-an, tetapi zaman kegemilangan walkman ialah pada tahun 90-an. Ini ialah gadget yang menjadi peneman setia para pencinta muzik bila mereka boleh membawa walkman ke mana sahaja mereka inginkan untuk menikmati muzik kegemaran.  Korang hanya perlu ada kaset-kaset artis kegemaran dan mainkannya menggunakan walkman. Cool habis lah. Antara jenama yang paling popular ketika itu ialah aiwa dan sony.

Gameboy

Sumber: Engadget

Ini ialah permainan eletronik mudah alih yang paling popular ketika itu. Nintendo telah membuat langkah bijak dengan melancarkan game boy sehingga menjadi buruan kanak-kanak dan remaja zaman 90-an. Banyak permainan yang ada di dalamnya tetapi yang paling popular semestinya mario bros. Sesiapa yang memilikinya pasti dikategorikan sebagai ‘orang kaya’ kerana harganya yang agak mahal untuk dimiliki oleh semua golongan remaja pada ketika itu.

Tamagochi

Sumber: Forbes

Popular pada pertengahan tahun 90-an, konsep haiwan peliharaan digital yang diberi nama tamagochi menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak dan remaja malah orang dewasa turut tak ketinggalan ‘memelihara’ tamagochi. Para pemilik boleh memilih jenis haiwan yang mereka ingin pelihara dan menjaga dengan memberi makan, dibersihkan serta pelbagai lagi.

Telefon bimbit nokia

Anda rasa smartphone anda cukup sempurna dan terbaik? Tetapi untuk ketahanan fizikal dan jangka hayat bateri rasanya masih belum boleh tandingi kehebatan telefon bimbit nokia pada zaman 80-an dan 90-an. Walaupun tidak secanggih telefon pintar zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai fungsi, tetapi telefon bimbit dahulu juga tidak kurang hebatnya. Salah satu keistimewaan telefon bimbit nokia ini ialah casingnya yang boleh ditukar mengikut warna dan corak kegemaran. Selain itu, permainan popular, snake yang terbina dalam telefon bimbit nokia menjadi sesuatu yang trending ketika itu dan diminati oleh semua orang.

Dalam empat gadget-gadget ni, mana satu yang pernah korang ada dulu? Ada ke yang masih simpan sampai sekarang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...