Sering dikaitkan dengan pelbagai gosip cinta, sudah pasti ramai peminat yang mahukan Zul Ariffin menamatkan zaman bujangnya.
Malah lelaki itu sendiri tidak menyembunyikan keinginan untuk berumah tangga. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zul menerusi siaran langsung di Instagram miliknya baru-baru ini.
Katanya, dia mahu solat bersama dan memegang tangan isterinya sekiranya berpeluang mendirikan masjid pada suatu hari nanti.
Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri.
View this post on Instagram
Sepertinya pelakon itu berharap agar dia dapat menikmati kemanisan berumah tangga sebelum menutup mata.
Sebelum saya mati, saya nak mati sebagai suami orang. Itu sahaja.
Luahan hati pelakon berbadan sasa ini nyata menjadi tumpuan ramai selain ramai yang turut bersetuju dengan harapannya itu.
Pun begitu, Zul mendedahkan bahawa masih belum ada wanita yang bertakhta di hatinya kini. Bahkan dia mengakui seronok menjalani kehidupan solo buat masa ini.
Jujur saya tak tertekan dengan perkara ini (jodoh), sebaliknya menerima ketentuan ini dengan hati terbuka dan positif. Masa yang tepat akan tiba. Tunggu sajalah.
Semoga Zul Ariffin berjumpa dengan jodoh yang baik nanti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.