“Sebelum Ni Tak Halal Ke” – Produk Baru Terima Sijil Halal, Ada Pula Yang Pertikai? KA Tampil Beri Respon

Kehidupan

“Sebelum Ni Tak Halal Ke” – Produk Baru Terima Sijil Halal, Ada Pula Yang Pertikai? KA Tampil Beri Respon

Sedia maklum, baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming telah menerima pengiktirafan sijil daripada Jabatan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua produknya iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.

Netizen persoal status halal produk KA sebelum ini

Biarpun ia merupakan khabar berita gembira, tetapi ada segelintir netizen yang persoalkan status ‘halal’ produk terbabit sebelum perolehi sijil daripada JAKIM.

Advertisement

Sedar mengenai hal tersebut, KA meneruis platform X tampil perjelaskan bahawa ketiadaan sijil halal sebelum ini tidak bermaksud makanan yang dijual tidak halal.

Memakan masa lama nak dapat sijil halal, produk kini dijamin halal

Kata usahawan itu, pembinaan kilangnya bermula daripada kosong, jadi memakan masa untuk menyiapkan production line dengan sempurna dan proses tersebut telah diuruskan secara berperingkat.

First kita dapatkan sijil MeSTI KKM, lepas tu kita mohon halal, and selepas ni kita apply sijil lain yang seterusnya. Step by step.

Tegas KA lagi, produk keluarga syarikatnya kini dijamin halal kerana dirinya pun mahukan makanan yang halal, malah turut perjelaskan keperluan mengambil sijil halal ini untuk meningkatkan keyakinan pembeli serta mengembangkan perniagaan.

Sijil halal ni kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang dan nak bagi keyakinan yang kilang kita, supplier kita, dan proses masakan kita bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga disahkan halal semuanya.

khairul aming sijil halal
1 month ago

"Kilang Dari Zero, Kini Dapat Pengiktirafan" - Produk KA Kini Sudah Ada Sijil Sah Halal JAKIM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...