“Sebelum Ni Jadi ‘Extra’ Je” – Autisme Bukan Penghalang, Zarina Zainuddin Bangga Azal Dapat Watak Utama

Hiburan

“Sebelum Ni Jadi ‘Extra’ Je” – Autisme Bukan Penghalang, Zarina Zainuddin Bangga Azal Dapat Watak Utama

Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa teruja apabila anak istimewanya, Azal diberi kepercayaan untuk memegang watak utama sebagai hero dalam telefilem berjudul Kasih Dari Syurga menerusi siaran TV2.

Walaupun menghidap autisme, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita sebagai seorang pelakon.

Advertisement

Menurut Zarina, ini merupakan telefilem pertama yang dilakonkan oleh anaknya dan berasa sangat gembira apabila diberi peluang daripada pihak peroduksi.

Sebelum ni, dia pernah berlakon, tapi sebagai pelakon tambahan untuk watak yang sangat kecil. Jadi, kali ini rezeki untuk Azal pegang watak utama.

Malah, pelakon berusia 51 tahun itu memaklumkan dia tidak akan menolak sekiranya Azal mendapat tawaran berlakon memandangkan minat anaknya itu juga ke arah yang sama.

Dah lama saya simpan hasrat nak tengok dia berlakon sebab dia pun memang minat berlakon.

Dalam pada itu, Zarina turut meminta peminat untuk sama-sama memberi sokongan kepada Azal.

Menjengah di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai dan rakan-rakan artis yang turut menumpang rasa bangga melihat pencapaian anak istimewa itu.

Bukan itu sahaja, rata-rata penonton turut memuji bakat lakonan Azal di dalam telefilem arahan Riza Baharuddin itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PU ABU AIN AFINI
1 year ago

"Dia Tetap Yang Dicari.." - Isteri PU Abu 'Throwback' Cari Rezeki Bersama, Kini Hamil Anak Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...