Sebelum Nak Menggoda & Rampas Suami Orang, Fikirkan Anak Isterinya Di Rumah..

Trending

Sebelum Nak Menggoda & Rampas Suami Orang, Fikirkan Anak Isterinya Di Rumah..

Assalamualaikum, nama aku Ina. Selepas tidurkan anak, tiba-tiba terdetik nak buat luahan ini. Untuk pengetahuan, suami aku seakarang kerja oversea dan tinggalkan aku dan anak beranak di Malaysia ini. InshaAllah kalau tak ada aral, kami akan menyusul ke sana pula.

Advertisement

Begini, perempuan terutamanya golongan bujang pernah tak terfikir tak di sebalik lelaki yang berpakaian kemas ke tempat kerja, nampak terurus, berkelakuan baik itu di belakangnya ada seorang perempuan yang bernama isteri yang menguruskan dia?

Pernah tak terfikir, baju dia yang bergosok licin, berbau wangi, muka suci itu ada perempuan yang bermata panda bersengkang mata menguruskan perihal lelaki tersebut dari A-Z?

Memang sedap mata memandang. Dia kemas, wangi, bercakap baik-baik.

Di rumah ada isteri yang mendoakan agar dia sang suami bekerja dengan baik dan diluaskan pintu rezeki. Siapkan bekal di pagi hari agar suami tidak kelaparan di waktu kerja.

Isteri menunggu di rumah kadang-kadang terselit kerisauan sebab suami overtime. Kebetulan pula kenderaan yang digunakan setiap hari tidak beberapa elok.

Iya, di sebalik lelaki sempurna yang kalian nampak di pejabat setiap hari itu ada seorang perempuan yang telah mengorbankan diri mereka untuk kebahagian keluarga. Lambat atau cepat, kalian akan merasa juga berada di tempat perempuan itu.

Jadi, minta tolong kepada insan yang bergelar perempuan (sebab aku juga perempuan), sebelum nak mengorak langkah ‘berlemah-lembut’ atau ‘bermanis muka’ atau ‘minta tolong tak sudah’ kepada lelaki tersebut, fikir-fikirkanlah anak isteri lelaki itu di rumahnya.

Fikirlah wahai perempuan. Kucing tidak akan menolak ikan.

Tolong para perempuan semua, jangan jadi ikan. Lagi-lagi ikan busuk. Ambil kesempatan di atas air mata perempuan lain yang duduk di rumah yang tulus menanti kepulangan suaminya yang membawa rezeki.

Tolong, tolong lelaki-lelaki di dunia ini tundukkan pandangan.

Jangan dirayu atau digoda sebab dengan godaan kau itu boleh jadi si suami akan menzalimi anak isterinya. Ini sekadar pesanan, jangan kata aku tak bagi tahu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...