“Sebelum Nak Komen Apa-Apa Kaji Dulu..” – Dituduh Tak Datang Mahkamah, Adam Shahz Tampil Bersuara

Hiburan

“Sebelum Nak Komen Apa-Apa Kaji Dulu..” – Dituduh Tak Datang Mahkamah, Adam Shahz Tampil Bersuara

Sebelum ini, pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa berang terhadap bekas suaminya, Adam Shahz selepas didakwa tidak hadir ke mahkamah berhubung kes hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin berkata dia juga tidak mengetahui sebab atau punca ketidakhadiran bekas suaminya itu.

Advertisement

I woke up early morning, drove all the way here only to find out orangnya no show. Alasan? Taktau.

Tampil membela diri, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani menjelaskan ketidakhadirannya ke mahkamah tempoh hari.

Pelakon berusia 42 tahun itu memuat naik hantaran video daripada pengum syarie yang mewakilinya di laman Instagram.

Meninjau di ruangan kapsyen, Adam turut meminta orang ramai untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumat sahih sebelum menuduh.

Sebelum komen apa-apa, kaji dan dapatkan maklumat yang sahih.

Menerusi video tersebut, peguam yang mewakili Adam iatu Liyana Sihar memaklumkan ketidakhadiran anak guamnya tidak menjadi isu kerana sudah menghantar peguam ke mahkamah.

Walaupun Adam tidak hadir, peguamnya masih hadir kerana ini adalah sebutan yang pertama. Adam sudah pun berwakalah dengan peguam, jadi peguam hadir ke mahkamah untuk meneruskan prosiding.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Bangun Awal Pagi, Drive Jauh-Jauh, Sekali.." - Fatin Afeefa Berang Adam Shahz Tak Datang Mahkamah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...