Sebelum Maut Dilanggar Treler, Lelaki Rempuh Kilang Sempat Buat Video

Trending

Sebelum Maut Dilanggar Treler, Lelaki Rempuh Kilang Sempat Buat Video

Dilanggar treler selepas merempuh masuk ke kilang dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, semalam, seorang bekas pengurus maut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, pihaknya memaklumkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang baru sahaja diberhentikan kerja dilihat menceroboh masuk ke kawasan kilang berkenaan.

Advertisement

Hasil siasatan awal mendapati, sekitar jam 6.42 petang, suspek menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dengan menggunakan kereta.

“Suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang. Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan,”

Dedahnya lagi, suspek juga kembali menaiki kereta dan memandu laju lalu merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran.

“Suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta. Selepas melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang,”

Ujarnya, suspek dipercayai maut dilanggar treler selepas saksi menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar muatan berat tersebut.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang,”

Rentetan kejadian, suspek juga dikatakan telah memuat naik sepotong video sebelum bertindak sedemikian.

Untuk rekod, kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...