Sebelum Internet Wujud, 5 Aktiviti Ini Jadi Kegilaan Masa Dulu! Mesti Penah Buatkan?

Trending

Sebelum Internet Wujud, 5 Aktiviti Ini Jadi Kegilaan Masa Dulu! Mesti Penah Buatkan?

Michael Combs, second from left, with his family using electronic devices.Sekarang ni, topik yang sering menjadi perbualan selalunya tentang teknologi dan media sosial. Semuanya adalah kerana kemajuan teknologi seperti internet dan kemudahan WiFi di mana-mana sahaja.

Tapi ingat lagi tak sebelum internet ada, apa aktiviti yang menjadi kegilaan kita semua masa tu?

Advertisement

Jom imbas kembali aktiviti tersebut. Memang tergelak-gelak kan kalau ingat balik.

1. Request lagu di radio

Sebelum ada YouTube, 4shared, dan laman web lain, kita pasti akan ternanti-nanti untuk dengar lagu kegemaran di radio. Paling ingat dulu, request lagu di radio, siap buat ucapan lagi untuk pendengar. Tapi, radio sekarang ni kita dengar bila dekat kereta je kan!

2. Beli majalah

Dulu majalah memang popular. Sampai sanggup langgan setiap bulan. Kalau nak tahu tentang artis, zodiak, dan tren terkini, mesti la majalah hiburan jadi pilihan. Sekarang ni nak tahu apa-apa, Google je kan..

3. Menonton TV dengan keluarga

Kalau dulu, pasti satu keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk menonton TV. Lagi-lagi kalau rancangan tu memang best. Sekarang ni lain, yang sorang ‘dok’ belek telefon, yang sorang belek iPad berjam-jam. Tak ada lagi semangat kekeluargaan.

4. Buku telefon

Ingat lagi tak buku gedabak warna kuning yang pernah ada dekat rumah dulu? Buku tu memang penting, lebih-lebih lagi nak cari nombor telefon. Walaupun tebal, tapi mesti kita tak putus ada dan mesti jumpa punya nombor telefon tu kan!

5. Menulis surat

Kalau dulu, nak bercinta kena tulis surat. Siap letak bedak bagi wangi. Haha.. ingat lagi kan. Nak hantar surat je kena beli setem dekat pejabat pos. Paling ingat, kena besabar untuk menunggu surat yang kita hantar tu dibalas balik.

P/S: Semua ni memang kenangan, tapi masa tu hubungan keluarga sangat akrab kan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...