Mengambil keputusan berhijrah pada tahun lalu, pelakon dan penyanyi Kilafairy akui sekarang lebih tertarik untuk mempelajari dan mengetahui apa sahaja ilmu berkenaan agama.
Kilafairy atau lebih mesra dipanggil sebagai Kila berkongsi tentang perbezaan dirinya yang dahulu dan juga sekarang, dia semahunya cuba untuk sentiasa menjaga ibadahnya sebaik mungkin.

Katanya ditemubual oleh Media Hiburan,
Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya dalami ilmu agama itu orang kata lebih semangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
Sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
Tambah pelakon yang berusia 29 tahun itu, dia berkata dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidupnya sebelum berhijrah, malah Kila menyifatkan sejarah lamanya dahulu merupakan pendorong untuk dirinya berubah menjadi individu yang lebih baik.
tecit
June 9, 2021 at 11:56 pm
please remove iklan atas ni. ade kila tanpa hijab. patotla rase dah kurang gmba die skg rupenye dah berhijab. slowly but surely. good job kilaa.
Zul Muhammad
June 3, 2021 at 1:14 am
kila orang mana? sbb die pernah berlakon cakap loghat kelantan, fasih pulak tu…
Anonymousjugak
June 2, 2021 at 12:24 pm
Cantiknya Kila…