Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian apabila menggayakan selendang berjenama mewah Christian Dior untuk sebuah persembahan, malam semalam.
Apa lagi, netizen segera menjalankan ‘siasatan’ dan mendapati bahawa selendang berona coklat itu berharga RM4,100 sehelai.
Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi itu kelihatan cantik mengenakan busana berwarna merah rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.
Menerusi tinjauan laman web Dior, selendang itu diberi nama D-Oblique Shawl yang diperbuat daripada bahan eksklusif iaitu wul, kain kapas dan sutera.

Dalam pada itu, ramai peminat memuji gaya terkini Siti Nurhaliza yang lebih bergaya dan ‘fresh’ dan memintanya untuk mengekalkan stail dan imej yang sama pada masa akan datang.
Terdahulu, nama Siti menjadi bahan bualan netizen apabila dia didakwa memakai jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit selain membeli sebuah beg jenama mewah dengan harga RM20,000 hanya untuk melengkapkan imej ketika menghadiri acara fesyen Kuala Lumpur Fashion Week 2021, baru-baru ini.
anonymous
November 13, 2021 at 4:20 pm
tok ti dah lemauuu
Anonymous
November 12, 2021 at 8:36 pm
MEMBAZIR AMALAN SYAITON.
anonymous
November 12, 2021 at 6:12 pm
zaman dah berlalu tapi gagah jugak nak attention mmm bole la menunjuk kemewahan dapat gak attention kui kui kui kuii
Ee
November 12, 2021 at 2:02 pm
Muka dia makin pelik dah..