“Sebelum Dia Berniat Nak Tanya…” – Ustazah Asma’ Harun Akui Kuat Cemburu, Tak Terima Jika Suami Kahwin Lain

Trending

“Sebelum Dia Berniat Nak Tanya…” – Ustazah Asma’ Harun Akui Kuat Cemburu, Tak Terima Jika Suami Kahwin Lain

Pendakwah bebas terkenal, ustazah Asma’ Harun memberikan pandangan tentang poligami dan sekiranya suaminya mahu berkahwin lain.

Kata ustazah Asma’, suaminya tidak pernah bertanyakan soalan sebegitu namun dia akui enggan menerima kehadiran wanita lain.

Advertisement

Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama.

Tambah pendakwah berusia 39 tahun itu lagi, dia merupakan seorang wanita yang kuat cemburu dan risau tidak boleh mengawal diri sehingga mendatangkan keburukan kepada dirinya yang merosakkan akhlaknya.

Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, ramai warganet bersetuju dengan pandangannya dan menyifatkan perasaan cemburu itu lumrah bagi seorang perempuan.

@ustazahasmaharun USTAZAH KALAU SUAMI USTAZAH NAK KAWIN LAIN?#ustazahasmaharun #UAHSahabatDuniaAkhirat #fyp ? original sound – Ustazah Asma’ Harun

port fest budak step ustazah asma harun
1 year ago

"Lebih Banyak Mudarat Daripada Manfaat" - Ustazah Asma Harun Kecam 'Budak Step' Di Acara Port Fest Ipoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...