October 14th, 2019

Umum mengetahui bahawa Syatilla Melvin dan adik-beradik perempuannya yang lain telah mengeluarkan produk kecantikan di bawah nama mereka sendiri iaitu Kekasih. Walaupun baru sahaja dilancarkan, kesemua produk yang ditawarkan telah mendapat sambutan yang hangat daripada peminat dan orang ramai.

syatill melvin bengang produk kecantikan kekasih dituduh ada bahan merkuri

Namun begitu, mesti ada sahaja yang busuk hati dan cuba untuk menabur pasir ke dalam periuk nasi pelakon wanita itu. Menurut entri di laman Instagram Syatilla, ada individu yang menuduh produk kecantikannya itu mengandungi merkuri tanpa memberikan bukti yang sahih.

Berang dengan tuduhan itu, Syatilla telah ‘mengamuk’ dan mahukan permohonan maaf secara terbuka daripada individu itu. Kalau tak mohon maaf, tunjukkan bukti bahawa produk keluarannya itu mengandungi bahan terlarang. Dia juga mengugut akan melaporkan kes itu kepada polis. Marah betul!

Walaubagaimanapun, tak sampai satu jam Syatilla memuat naik amaran itu, individu itu telah tampil dan memuat naik permohonan maaf secara terbuka. Mungkin juga kerana takut dengan ugutan yang dibuat oleh pelakon wanita itu.

 

 

View this post on Instagram

 

Terlajak perahu boleh undoq balik,terlajak londeh kain,muka dapat malu.. social media teramat bahaya. Dlm 1min, 1dunia boleh tahu semua!saya terima permohonan maaf dia yg telah menfitnah saya.semoga takkan berulang lagi??mohon allah luaskan lagi rezeki @kekasih_hq #takotmukakenasagatlettew ??

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Syatilla telah pun menerima permohonan maaf itu siap memerli individu tersebut dengan menggunakan hashtag #takotmukakenasagatlettew. Dia juga berharap agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kalau nak buat tuduhan pun, pastikan ada bukti yang kukuh, Takut termalu sendiri nanti.

Sumber: Forum BM.CARI


31 responses to ““Sebelum Aku Sagat Muka Hang Kat Jalan…”- Syatilla Melvin Mengamuk Apabila Produknya Dituduh Ada Merkuri”

  1. Anonymous says:

    dia ni mmg selalu cakap kasar sgt2. dalam caption, cakap dengan suami lepas tu rekod. bunyi kuajaqqqq je

  2. Maya says:

    This is all marketing gimmicks ????

  3. Anonymous says:

    Baikot …baikot …baikot …..

    Product to timbang kilo samseng

    Alasamseng

  4. cik halia says:

    syukur la tila oooiiii kau tu kawen kan si sam…kalau tak,dah lama kau tu tenggelam tak timbul2 dari dunia gosip

  5. Anonymous says:

    Aku tunjuk je ayat2 syatila ni dkt laki aku. So that laki aku tau, wpun ada rupa tp budi bahasa errr…., byk je yg level bawah2an mcm ni. So, nmpk sgt aku better dr level2 ni. Selamat dr kena sondol

Loading...