Pelakon Faye Kusairi yang kini sarat hamil 38 minggu berkata dia telah ditahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur setelah mendapat serangan Bell Palsy pada hari Jumaat yang lalu.
Dia yang kini dilaporkan sudah pulang ke rumah pada hari Ahad turut memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang menggosok gigi. Menurut Faye, otot wajah sebelah kanannya tiba tiba sahaja mengalami kekejangan.
View this post on Instagram
Faye memberitahu dia masih belum pulih sepenuhnya dan masih dalam pemantauan Neurologis.
“Saya masih belum pulih sepenuhnya tapi dalam progress. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih. Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdullilah.”
View this post on Instagram
Dia yang kini menanti hari untuk bersalin itu kini menjalani rawatan Bell Palsy di rumah. Faye turut sempat memohon doa peminat agar kesihatannya bertambah baik dan dipermudahkan urusan.