Sebelah Mata Terkena Jangkitan, Penyanyi Sarah Suhairi Jalani Pembedahan Mata

Hiburan

Sebelah Mata Terkena Jangkitan, Penyanyi Sarah Suhairi Jalani Pembedahan Mata

Bekas juara program nyanyian Big Stage 2018, Sarah Suhairi dilaporkan telah mengalami jangkitan mata dan kini berada dalam keadaan stabil.

Sarah Suhairi

Advertisement

Penyanyi yang berusia 20 tahun itu baru-baru ini ada memuat naik video boomerang di laman Instagramnnya yang menunjukkan keadaan sebelah mata yang berbalut akibat daripada proses rawatan di sebuah pusat perubatan di Rawang.

Difahamkan Sarah telah mengalami jangkitan di bahagian mata dan sempat berseloroh di ruangan kapsyen di mana dia berasa seperti seorang ‘lanun’ kerana sebelah mata berbalut dan turut sempat mengucapkan selamat Tahun Baru 2021 kepada peminat.

Meninjau ke ruangan komen, Sarah tampil menjawab persoalan tentang keadaan dirinya dan turut menerima doa selamat dan ucapan segera sembuh daripada para peminat.

Komen Sarah

Sekadar info, usai saja program Big Stage dua tahun lalu, Sarah telah muncul dengan beberapa buah lagu seperti Pedih dan Bicara Rasa selain turut memenangi Anugerah Instafamous HurrTV pada tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Sarah Suhairi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...