Sebaris Dengan JLo, Michael B. Jordan, Penyanyi Yuna Wanita Bertudung Pertama Terlibat Dalam Kempen Jenama Mewah Coach

Hiburan

Sebaris Dengan JLo, Michael B. Jordan, Penyanyi Yuna Wanita Bertudung Pertama Terlibat Dalam Kempen Jenama Mewah Coach

Penyanyi kelahiran Malaysia, Yuna telah melakar rekod tersendiri apabila terpilih menjadi wanita bertudung pertama dari Asia Tenggara terlibat dalam sebuah kempen jenama fesyen terkemuka, Coach.

Jenama terkenal dunia itu baru-baru ini telah berkongsikan sebuah video kempen terbaru yang menyaksikan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai menghiasi muka baru dalam kempen terbaru bersama barisan artis terkemuka yang lain.

Advertisement

Antara bintang antarabangsa yang turut terlibat dalam kempen terbaru itu ialah Jennifer Lopez, Michael B Jordan, Camila Morron, Kiko Mizuhara dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Coach (@coach)

 Menzahirkan rasa gembira dan kesyukuran, Yuna memuat naik video tersebut di laman Instagram Storynya buat tatapan peminat.

Sekadar info, pada bulan Mac lalu, Yuna telah dipilih oleh syarikat jenama mewah itu untuk mewakili Malaysia dalam kempen terbaru iaitu, Original Go Their Own Ways.

Sumber : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...