Sebaris Dengan Artis Hollywood, Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020 Oleh Media Antarabangsa

Hiburan

Sebaris Dengan Artis Hollywood, Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020 Oleh Media Antarabangsa

Pelakon Mira Filzah dilaporkan telah menerima pencalonan sebagai antara 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Advertisement

Berita tersebut telah diumumkan menerusi akaun rasmi media itu, baru-baru ini.

Lebih menarik perhatian, Mira antara figura muslimah berhijab yang dipilih untuk menerima pencalonan tersebut selain seorang lagi selebriti media sosial kelahiran Maghribi iaitu Ihssane Benalluch.

View this post on Instagram

A post shared by TC Candler (@tccandler)

Antara nama lain yang turut dicalonkan sebagai wanita tercantik tahun 2020 adalah Billie Eilish, Millie Bobby Brown dan Bella Hadid.

Menerima tanda suka (like) hampir 17,000, ternyata Mira Filzah turut mendapat sokongan daripada pengikut media sosial dan para peminatnya.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Sekadar info, terdahulu, pelakon dan penyanyi Fattah Amin turut menerima pencalonan sebagai 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang turut dianjurkan oleh TC Candler.

Sumber : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...