“Sebarang Tindakan Pengawal Keselamatan Untuk Minta Kad Pengenalan Boleh Dikenakan Tindakan” – JPN

Kehidupan

“Sebarang Tindakan Pengawal Keselamatan Untuk Minta Kad Pengenalan Boleh Dikenakan Tindakan” – JPN

Jabatan Pendaftaran Negara memaklumkan bahawa pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa mahupun hak untuk meminta, memegang atau mengimbas kad pengenalan (MyKad) orang awam.

Memetik laporan Astro Awani, hanya lima kategori pegawai yang dibenarkan berbuat demikian di bawah Peraturan 7 (1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu pegawai JPN, pegawai polis, pegawai kastam, anggota tentera yang sedang bertugas serta pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

Advertisement
pengawal keselamatan pau duit warga emas

gambar hiasan

Sebarang tindakan oleh pengawal keselamatan untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

JPN turut menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang menetapkan garis panduan dan kewajipan untuk melindungi maklumat peribadi individu.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.

kad pengenalan

gambar hiasan

Tindakan pengawal keselamatan itu telah mencetuskan persoalan orang awam mengenai kesahannya dari aspek undang-undang.

Dalam pada itu, JPN turut menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana individu yang tidak diberi kuasa serta segera melaporkan sebarang pelanggaran kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Rakam Video & Gambar 'Aib' Remaja, Pengawal Keselamatan Dicekup Polis
1 month ago

Rakam Video & Gambar 'Aib' Remaja, Pengawal Keselamatan Dicekup Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...