Sebanyak 7,681 Kes Buli Sekolah Bawah KPM Direkodkan Sepanjang 2024 – Fadlina Sidek

Berita

Sebanyak 7,681 Kes Buli Sekolah Bawah KPM Direkodkan Sepanjang 2024 – Fadlina Sidek

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mendedahkan sebanyak 7,681 kes salah laku buli direkodkan di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun lalu.

Ujar Fadhlina, angka itu berdasarkan data sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan jumlah tersebut meningkat berbanding tahun 2023 iaitu sebanyak 6,528 kes buli dilaporkan.

Advertisement

Tambahnya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 1,992 kes berlaku di sekolah rendah manakala 5,689 kes pula di sekolah menengah.

Usaha membanteras gejala buli adalah satu usaha berpanjangan dan berterusan KPM serta memerlukan komitmen semua pihak.

membuli di sekolah

Jawapan itu tertulis di laman sesawang Parlimen dan kata Fadhlina, KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku buli yang berlaku di institusi pendidikan.

Tegasnya, KPM telah memperkukuh mekanisme sedia ada melalui beberapa surat pekeliling termasuk Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli yang dikeluarkan pada November 2023.

Fadhina SidekSumber : Bernama 

Selain itu juga, KPM telah mengemas kini Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan disiplin sekolah serta meningkatkan kecekapan portal aduan buli dengan fungsi aduan anonim bagi melindungi identiti pengadu dan saksi.

Oleh yang demikian, KPM berharap ibu bapa dapat meningkatkan kerjasama dan sokongan dalam mendidik serta mengawasi anak-anak agar mereka tidak terjebak dalam salah laku buli.

fadhlina sidek himpunan mogok
2025-08-21 10:28:42

Mahu Fadhlina Sidek Letak Jawatan, Mahasiswa Akan Lakukan 'Himpunan Mogok' Di Hadapan Ibu Pejabat KPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...