Sebak Terima Kunjungan Ebit Lew Sebelum Pembedahan Jantung, Bob Lokman Sempat Kirim Pesanan Mohon Maaf Kepada Semua Orang

Hiburan

Sebak Terima Kunjungan Ebit Lew Sebelum Pembedahan Jantung, Bob Lokman Sempat Kirim Pesanan Mohon Maaf Kepada Semua Orang

Semua sedia maklum bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sering saja tampil memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.

Kali ini, insan yang tidak bernasib baik yang dibantu oleh Ustaz Ebit Lew adalah pelakon dan penulis lirik terkenal iaitu Bob Lokman. Difahamkan, Ustaz Ebit bergegas menemui Bob Lokman yang kini berada di Kelantan usai sahaja majlis perasmian pembukaan cawangan baru Elewsmart miliknya.

Advertisement

Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman,56, kini menderita penyakit berkaitan dengan jantung dan memerlukan dana sebanyak RM60,000 bagi membiayai kos rawatan dan pemasangan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) di tubuhnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah. Sayu rasa hati tadi dari pembukaan Elewsmart terus fly ke Pasir Mas, Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu Isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.”

Ebit Lew dilihat telah memuat naik video pendek saat berjumpa dengan personaliti berkenaan dan turut memperlihatkan keadaan Bob Lokman yang tidak menahan sebak dan menangis.

Pendakwah bebas itu dalam pada itu turut berkongsikan perbualannya bersama Bob Lokman yang ingin meneruskan kerja dakwah kepada masyarakat jika dipanjangkan umur.

Mengimbas kembali, Bob Lokman telah dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pinggang. Penulis lirik lagu popular Isabella nyanyian Search itu dilaporkan turut menghidap penyakit jantung bengkak dan paru-paru berair.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...