“Sebak Tengok Kak Lina Nangis..” – Kisah Adik Alisa Hidap Kanser Mata Tahap 4 Jadi Sorotan, Sembuh Selepas 7 ‘Cycle’ Kimoterapi

Kehidupan

“Sebak Tengok Kak Lina Nangis..” – Kisah Adik Alisa Hidap Kanser Mata Tahap 4 Jadi Sorotan, Sembuh Selepas 7 ‘Cycle’ Kimoterapi

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Alisa Umairah Nur Hisham yang menghidapi kanser mata tahap empat.

Difahamkan, adik Alisa telah pun bebas daripada penyakit itu setelah menjalani tujuh kitaran kimoterapi.

Advertisement

Menerusi perkongsian Instagram Era.je, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein ada berkunjung ke kediaman adik Alisa untuk menziarahi keluarga itu selain mendapatkan perkembangan terkini.

Elly juga dilihat membawa buah tangan dan kelihatan sebak melihatkan keletah adik Alisa yang semakin ceria dan baik.

Alhamdulillah! Adik Alisa dah selesai tujuh cycle chemoteraphu dan doktor kata dah tiada kanser kat mata adik Alisa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan rasa sebak dan gembira melihatkan adik Alisa yang sudah bebas daripada penyakit tersebut setelah sekian lama.

Terdahulu, kisah adik Alisa yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi telah mengundang sebak ramai pihak.

Bapa Alisa, Nur Hisham berkata adik Alisa telah menghidap kanser mata ketika berusia setahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aqasha bidas netizen suka kecam
2 months ago

"Apa Punya 'Pekak' Orang Malaysia, Kasut Tiruan Pun Nak Jadikan Isu" - Aqasha Tempelak Sikap Gemar Kecam Orang Lain Sesuka Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...