Sebak, Reaksi Anak Selepas 9 Bulan Tidak Berjumpa Ibunya

Trending

Sebak, Reaksi Anak Selepas 9 Bulan Tidak Berjumpa Ibunya

Ikatan antara seorang anak dengan ibunya sudah terjalin sejak anak itu masih lagi dalam kandungan dan tidak dinafikan, ikatan yang terjalin tersebut adalah sesuatu yang istimewa.

Seperti yang kita tahu, untuk wanita yang bergelar ibu sudah pastinya tidak sanggup untuk berjauhan dengan anak yang masih kecil kerana waktu ini lah yang paling sesuai untuk seorang ibu mengeratkan lagi hubungan bersama anaknya.

Advertisement

3 years ago

Pertemuan Ibu Dan Anak Di Sempadan Untuk Beri Juadah Hari Raya Undang Sebak

Namun, ia adalah satu situasi yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang bekerja di luar negara demi mencari rezeki buat keluarga yang jauh di perantauan. Sudah pasti rasa rindu kepada anak dan suami semakin menggunung.

Reaksi anak buat ibu tidak dapat menahan air mata

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan situasi seorang wanita yang baru pulang dari Arab Saudi atas tuntutan kerja untuk berjumpa dengan anaknya kerana sudah terpisah selama hampir sembilan bulan.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga merupakan pemilik akaun media sosial tersebut berjalan masuk ke perkarangan rumahnya dan tidak sabar untuk bertemu anaknya yang sudah hampir sembilan bulan terpisah dengannya.

Lebih mengundang sebak adalah apabila dia tidak menyangka reaksi anak lelakinya yang berlari sambil menangis menuju ke arahnya seolah-olah faham erti rindu.

Disebabkan itu, wanita tersebut juga gagal untuk menahan air mata lantas memeluk erat anaknya itu serta menciumnya berkali-kali. Reaksi yang ditunjukkan oleh anak kecil itu telah mencuri perhatian ramai.

“Menitik jugak air mata tengok video ni”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 483.6 ribu tontonan, 45.1 ribu tanda like dan 3.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa sebak melihat reaksi anak wanita tersebut sejurus selepas melihat kepulangannya itu.

Ada juga yang mengatakan yang mereka tidak mampu jika terpaksa berhadapan dengan situasi meninggalkan anak dalam tempoh yang lama.

Komen tiktok tentang reaksi anak selepas 9 bulan tidak berjumpa ibunya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen tiktok tentang reaksi anak selepas 9 bulan tidak berjumpa ibunya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri menghadapi situasi yang seakan sama dengan situasi wanita tersebut.

Apa-apa pun, kita seharusnya tumpang gembira kerana akhirnya wanita tersebut dan anaknya dapat juga bertemu selepas hampir sembilan bulan terpisah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...