“Sebak Pula Tengok..” – Mesra Layan Peminat Tanpa FIkir Status, Netizen Label Fazura Artis Paling ‘Humble’

Hiburan

“Sebak Pula Tengok..” – Mesra Layan Peminat Tanpa FIkir Status, Netizen Label Fazura Artis Paling ‘Humble’

Nama selebriti wanita jelita iaitu Nur Fazura sememangnya dikenali satu Malaysia dan amatlah disayangi oleh peminat kerana sikapnya yang jelas ternyata amatlah baik serta humble.

Jarang-jarang kita dengari cerita negatif tentang sikap pelakon ini melalui peminat ataupun orang luar, malah ramai pula yang memuji personaliti beliau.

Advertisement

Seperti video yang ada di platform TikTok baru-baru ini memaparkan kemesraan Fazura melayan seorang peminat yang sudah lama menyukai dirinya di sebuah event.

Kemesraan beliau melayan peminatnya yang difahamkan merupakan wanita sekitar umur 50-an itu telah mendapat perhatian ramai pengguna hinggakan viral di platform itu.

Dilihat dalam video berkenaan, Fazura sama sekali tidak kekok untuk mencium pipi serta memeluk wanita berumur itu kerana berasa gembira mempunyai peminat yang sentiasa menyokongnya.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, anak kepada makcik tersebut tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen di video berkenaan dengan memberitahu secara ringkas bahawa Fazura sememangnya seorang selebriti yang tidak sombong untuk melayan peminat.

Rata-rata netizen lain turut memberi komen positif dengan mengatakan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia tersebut sememangnya seorang calon menantu idaman ramai serta gembira melihat dirinya sentiasa bahagia setelah bersama suami iaitu Fattah Amin dan dikurniakan anak perempuan, Fatima.

3 years ago

"I Belum Habis Cakap, Macam Mana Boleh 'Sold Out'" - Fazura Tergamam Tudung Habis Terjual Dalam Masa Seminit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...