Sebak Lihat Pelayan Restoran Suap OKU Makan Di Johor

Trending

Sebak Lihat Pelayan Restoran Suap OKU Makan Di Johor

Walaupun hanya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran, namun lelaki itu tidak malu untuk membantu seorang pemuda OKU yang kesukaran untuk menyuap makanan.

Foto berkenaan tular menerusi aplikasi Twitter selepas dimuat naik oleh pengguna Najib Fiqri. Malah sehingga kini tweet terbabit dikongsi lebih daripada 27,000 kali.

Advertisement

 

Rata-rata netizen dilihat tersentuh dengan gambar berkenaan, namun tidak kurang juga yang kurang senang dengan gelaran ‘Mamak’ yang diberi.

 

Walaubagaimanapun menurut Najib, gelaran terbabit bukan bermaksud untuk menghina tetapi lebih kepada mengangkat nilai murni pekerja terbabit.

Apa-apa pun, semoga perkara baik yang dilakukan oleh pekerja ini dapat memberi pengajaran serta dijadikan contoh buat kita semua supaya berbuat baik kepada semua orang.

Difahamkan, gambar berkenaan telah diambil oleh salah seorang rakannya dan gambar berkenaan telah dikongsi di group WhatsApp.

Menurut warga sosial, Nama pekerja itu adalah Imran dan beliau sudah lima tahun bekerja sebagai pelayan dan layanannya amat membanggakan.

Dia nampak je sombong tapi berhati mulia sudah 5 tahun berbakti dengan SA Maju, Skudai. Layanan mmg tiptop. Teh tarik jarang mengecewakan.

Melihat sikap terpuji Imran itu, ada segelintir netizen mendoakan agar Allah memurahkan rezeki buat Imran dan tidak mustahil dia dapat memiliki kedai makan sendiri satu hari nanti.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...