Sebak Ikuti Tabligh Selama Tiga Hari, Nabil Ahmad Menangis Kerana Baru Nak ‘Kenal’ Islam Dan Nabi

Hiburan

Sebak Ikuti Tabligh Selama Tiga Hari, Nabil Ahmad Menangis Kerana Baru Nak ‘Kenal’ Islam Dan Nabi

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad baru-baru ini tampil berkongsikan pengalaman mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari.

Nabil Ahmad Dan ZiraSumber : Instagram Nabil Ahmad  

Perkongsian melalui sebuah video itu kemudiannya menjadi tular apabila pelawak ini dilihat begitu sebak mengenangkan pengalaman indahnya megikuti jemaah tersebut walaupun hanya dalam tempoh masa yang singkat.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia turut berasa sesal kerana hanya pada usia 37 tahun barulah dia mengetahui bahawa wujudnya suasana beribadah seperti tahajud, qiamullail dan lain-lain lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Suasana ini tak pernah tengok, Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang. Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.”

Difahamkan, ini merupakan kali pertama Nabil menyertai tabligh sepanjang hidupnya.

 

Menganggap pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang bermakna, Nabil berasa seolah-olah seperti sahaja baru mengenali agama Islam dan dia turut mengambil kesempatan untuk mempelajari mengenai kisah-kisah nabi sepanjang penglibatannya dalam majlis keagamaan itu.

“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca surah Nun tu saya jadi malu. Saya tak pernah rasa semalu ni. 3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdullilah.” – Nabil Ahmad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BroLah Tv, Instagram Nabil Ahmad

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...