“Sebak Dengar Ucapan Jejai” – Fasha Sandha Sambut ‘Birthday’ Anak, Ucapan Bekas Suami Undang Sebak Netizen

Hiburan

“Sebak Dengar Ucapan Jejai” – Fasha Sandha Sambut ‘Birthday’ Anak, Ucapan Bekas Suami Undang Sebak Netizen

Baru-baru ini, pelakon jelita Fasha Sandha dilihat menyambut hari kelahiran anak perempuannya, Putri Rasyha Jemyma yang kini berusia 9 tahun.

Sambutan sederhana namun cukup meriah itu dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan anaknya dan juga bekas suami merangkap bapa kandung Jemyma, Jejai.

Advertisement

Syukur Alhamdulillah, last minute plan, within sehari setengah ibu berlari kesana kemari untuk event ni. Tidoq 4 jam je sayang.

Syukur ibu ayah, dada dan semua berjaya buat anak ibu happy on your special day sayang.

Dalam satu hantaran lain, Fasha dan suami, Aidil bersama Jejai ada mengirimkan ucapan buat Jemyma.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meninggalkan komen dan ucapan doa buat Jemyma dan menganggap anak gadis itu bertuah kerana memiliki dua orang bapa dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Ada juga yang merasa sebak mendengar Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram yang tidak pernah ketinggallan meraikan sebarang acara dan keramaian melibatkan anak-anaknya meskipun sudah berpisah.

Sekadar info, Fasha dan Jejai pernah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 11, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun.

Fasha kemudian bernikah dengan pelakon Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dianugerahkan seorang anak perempuan iaitu Aisha Amaira.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Eyka farhana Akhyar rashid
1 year ago

"Congratulations B.." - Ucapan Eyka Farhana Buat Akhyar Rashid Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...