Sebak Dan Sedih, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Saksikan Penceraian Berlaku Depan Mata Sendiri

Trending

Sebak Dan Sedih, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Saksikan Penceraian Berlaku Depan Mata Sendiri

Langit tidak selalunya cerah, suram malam tak berbintang. Itulah lukisan alam. Bait-bait lagu nyanyian dari kumpulan Hijjaz ini mungkin sesuai kepada situasi kehidupan berpasangan yang menempuh pelbagai dugaan dalam hidup.

Advertisement

Semua pasangan mengimpikan sebuah rumah tangga yang kekal hingga ke akhir hayat dan kehidupan yang seterusnya. Namun, manusia hanya mampu merancang, Allah Maha Berkuasa yang menentukan segalanya.

Perkahwinan dan penceraian mungkin merupakan musuh ketat.

Malah sebagai manusia yang lemah,kita sudah sehabis baik untuk lari dari memilih “jalan mati” ini. Namun apakan daya, andai hati tidak boleh menoleh lagi kepada kenyataan di hadapan mata.

Maka inilah jalan yang harus dipilih. Perasaan bercampu baur pastinya menyelubungi diri ketika itu. Itulah jua antara suasana yang terjadi saat lafaz ‘Aku ceraikan……’ meniti di bibir.

Seorang wanita ini berkongsi pengalaman beliau melihat dan menyaksikan sendiri proses penceraian yang dilakukan di mahkamah.

Ternyata apa yang dikongsi oleh beliau mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang membacanya. Malah sehingga mengalirkan air mata.

Ini perkongsian beliau..

Mungkin anda selalu tengok babak penceraian dalam mahkamah kat mana-mana drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata. Apa yang saya boleh cakap SEBAK dan SEDIH walaupun defendan & plaintif tu tiada kaitan pun dengan kita.

Hari ini saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang di jatuhi hukuman penjara 20 tahun.

Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari & diiringi 4 orang anggota polis. Si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan.

Suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara (waktu dia sampai dalam mahkamah anak2 datang bersalam dengan bapak dia dengan tangan bergari dia peluk cium anak2 dia…)

Setelah berbincang…

Hakim tanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track. Mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan membatalkan permohonan fasakh.

Ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua-dua pasangan saling bermaafan dan di isteri datang kepada suami salam, minta maaf, minta di halalkan makan minum selama berumahtangga.

Dia berjanji akan menjaga anak-anak sebaiknya sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.

Mungkin bagi mereka yang tak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tak kan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku, tapi percayalah kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata.

Saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa…

Tiba-tiba bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak, “saya menceraikan isteri saya dengan talak 1” (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas. Jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan.

Dunia rasa gelap, lutut rasa lembik dan badan rasa terawang awangan.

Allah…sebak rasa…tiba2 air mata terus jatuh…

Saya pinjam kata2 tuan hakim tadi.

“Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”

“Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi….selalunya seorang perempuan tu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya”

Kepada kawan-kawan sekalian, jagalah rumah tangga anda. Peliharalah rumahtangga kalian, bajalah ia dengan penuh kasih sayang, hargailah pasangan anda selagi dia masih ada bersama anda.

Jangan la kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain..orang nak kawin 2 ke nak kawin 3 ke..biarlah itu hak diorang…yang penting kita ni masing2 jaga rumah tangga kita. Nasib kita belum tentu lagi.

Takut2 hari ni kita mengata orang perkara tu berbalik kepada kita.

Itu sebab kenapa saya tak pernah keluarkan komen kalau ada kisah jadi isteri no 2, no. 3 sebab saya ada ramai kawan2 yang menjadi isteri no.2.

Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain tapi kemudian sebaliknya terjadi. Itu pengajaran untuk saya.

Bila melibatkan soal begini mulut kena jaga sebab takut takut benda tu berbalik pada diri sendiri.

Terima kasih defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut2 walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Terima kasih kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, terima kasih untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya.

Semoga allah membalas seadilnya.

Sumber : Fauzana Ismail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...