Berikutan wabak Covid-19 semakin meningkat secara mendadak di Malaysia, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil lebih langkah berjaga-jaga jika berada di tempat yang terbuka.
Masyarakat juga digalakkan untuk memakai pelitup muka tambahan satu lapis untuk lebih mengurangkan kadar risiko jangkitan Covid-19.
Menerusi laporan Harian Metro, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan berkata, amalan itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).
Hasil eksperimen itu, orang ramai boleh memperkemas surgical mask dengan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua untuk mengurangkan risiko pemakai terdedah kepada virus.
“Dalam ujian makmal CDC, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat”
Menurutnya, jika ke hospital beliau juga mengamalkan pemakaian double mask dan petugas kesihatan juga memakai face sheild.