September 10th, 2014

Pelik. Pelik bukan sebab apa, Abby Abadi dalam video yang Abang Nara kongsikan di artikel sebelum ini tak ada pulak nampak malu-malu. Nampak macam beria semacam je. Yang nampak tersipu-sipu malu adalah ustaz tersebut apabila ditanya soalan maut ‘bila nak masuk meminang‘. Mungkin erti malu bagi setiap individu adalah berbeza. Namun apa yang penting, Abby Abadi telah menafikan ustaz itu sebagai kekasih barunya. Cuma kawan yang dah lama kenal.

abby abadi

Rupa-rupanya ustaz yang bernama Khairul Azli itu mengajar anak-anak Abby Abadi dan dirinya mengaji Al-Quran. Perkenalan mereka sudah menjangkau usia 4 tahun. Kata Abby:-

Janganlah cakap macam-macam, sebagai wanita saya malu dan tak manislah. Dia bukan kekasih baru, tapi kawan dah lama kenal. Saya tak boleh nak komen apa-apa lagi mengenai status kami.

Dia bukan kekasih baru seperti yang ramai sudah salah sangka. Kami dah kenal empat tahun sebenarnya. Dia yang mengajar anak-anak dan saya mengaji sebelum ini sebab itu kami panggil dia ustaz.

Hakikatnya kami bukan kawan biasa tapi memang baik. Cuma janganlah tanya lebih lanjut sebab tak manis saya nak cakap mengenai soal hubungan. Semuanya masih samar ketika ini.

Memanglah kalau orang tengok video itu orang akan cakap macam-macam tapi buat masa ini biarlah saya berdiam diru dulu. Saya pun tak mengharapkan apa-apa yang lebih sebab kami memang berkawan pun selama ini.

Kalau ada apa-apa yang lebih serius atau jodoh kami, tentu saya akan beritahu nanti.

abby abadi khairul azli

Ayat Abby nie macam menunjukkan ada bibit-bibit cinta yang bakal bermula antara dirinya dan Ustaz Khairul Azli. Kalau betul apa salahnya kan? Masing-masing pun dah ‘single’ kembali. Kalau ini yang terbaik buat anda berdua, semoga ada jodoh hendaknya. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Interior Proton Iriz yang mengancam lawanya


Comments are closed.

Loading...