Sebagai Tanda Terima Kasih, Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Hiburan

Sebagai Tanda Terima Kasih, Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Mendedahkan mahu menaja percutian dalam negara kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai tanda terima kasih kepada beliau yang memimpin barisan hadapan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19, pela wak Shub Sepahtu membuat tawaran itu secara spontan ketika sesi dialog bersama media dalam menangani pandemik Covid-19 di Putrajaya tempoh hari.

Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Advertisement

“Kalau Datuk nak bercuti saya sanggup sponsor (taja), tetapi jangan luar negara mahal, dalam negara ok.”

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa dirinya lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja. Malah, beliau lebih memilih untuk menghabiskan masa di rumah daripada pergi bercuti.

Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

“Isu dia bukan soal bercuti, cuti untuk rehat di rumah saja, kalau kerja 20 jam sehari banyak masa berehat di rumah saja daripada pergi berjalan sini berjalan sana.”

Ujar Dr Noor Hisham lagi, ketika ini pihaknya bimbang peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 yang memerlukan pasukannya bekerja keras semula.

Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Untuk rekod, kes penularan wabak ini dikhabarkan belum reda berikutan masih wujud segelintir pihak seakan tidak mahu memberi kerjasama menangani pandemik ini. Bagaimanapun, seruan kerajaan untuk meminta rakyat mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan adalah amat digalakkan agar virus ini dapat dicegah dari terus menular bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...