Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sebagai Seorang Kakak Saya Sangat Kecewa..”- Ifa Raziah Doakan Sajat Kembali Ke Pangkal Jalan

Ifa Raziah

Penyanyi dan juga usahawan, Ifa Raziah menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila melihat perkara yang terjadi pada sahabatnya, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Ifa RaziahSumber : Instagram Ifa Raziah  

Menurut Ifa, perkara tersebut merupakan isu peribadi tuan punya badan namun harus dipandang serius oleh semua pihak kerana melibatkan agama.

Advertisement

Tambahnya lagi, setiap manusia mempunyai pilihan untuk mencorakkan gaya hidup namun tidak lupa harus menggunakan akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.

Malah, kehadiran ibu bapa, rakan atau orang sekeliling boleh dijadikan panduan serta tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati jika dilanda masalah.

Ifa RaziahSumber : Media Hiburan  

Dia yang ditemui media turut meluahkan rasa kesal dan sedih di atas tindakan Sajat dan mendoakan agar rakannya itu kembali ke pangkal jalan.

“Tetapi kalau inilah jalan yang dipilih, sebagai seorang kawan atau kaka saya rasa sangat kecewa dan sedih. Bohong kalau saya kata emosi saya tak terganggu dengan keputusan dia yang mungkin dia fikir untuk viralkan saja. Akan tetapi kita ni manusia yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan, tapi kita boleh belajar dari kesilapan. Jadi saya harap dan doakan Sajat kembali ke pangkal jalan. itu doa saya untuk awak.”

SajatSumber : Google  

Terdahulu, Sajat telah diburu penguatkuasa JAIS setelah waran tangkap terhadapnya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Ini berikutan kesalahan Sajat yang gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya iaitu berpakaian wanita sehingga menjatuhkan maruah agama Islam.

Sejak itu, Sajat kini dilaporkan hilang dan tak dapat ditemui sehingga ke harini. Terkini, tular pula sebuah video di mana dia telah berniat untuk murtad setelah menerima tekanan daripada masyarakat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. brunes

    March 6, 2021 at 3:12 pm

    pandai kira dosa pahala orang ye, kau malaikat ke lolz! bukan nak mengata kau tengok muka dia tak ke kau setuju macam ponen? tak paham lah spend beribu only to look like a drag

  2. anon

    March 5, 2021 at 6:24 pm

    dapat dah pahala free utk ifa

  3. brunes

    March 5, 2021 at 3:39 pm

    kakak ke? tengok air muka mcm sama spisis khunsa juga ifa raziah ni

    • Akak Kau

      March 6, 2021 at 5:34 am

      Dapat dah dosa free..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama