Tular di media sosial baru-baru ini mengenai gambar serta video yang memaparkan beberapa individu yang mengibarkan bendara negara China berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan, Perak.
Menurut Berita Harian, Persatuan Kebudayaan Guan Gong membuat permohonan maaf dan menyatakan bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.
Pengerusinya, Soon Boon Hua, berkata tindakan mengibarkan bendera itu tidak ada dalam atur cara yang telah disediakan oleh pihak penganjung sempena Sambutan Guan Gong Sedunia di Malaysia.
Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang sudah berlangsung beberapa tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak adalah salah satu stesen yang terbabit.
Pengerusi tersebut turut berkata pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriorisme dalam setiap program sambutan ini.
Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden itu dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program.”
Pihak polis turut mengesahkan perarakan mengibarkan bendara negara China yang diadakan itu tidak mendapat permit.
Polis sudah memanggil penganjur untuk rakaman keterangan dan mereka juga akan diminta mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.
Peragaan bendera CHINA di Shanghai…eh SILAP! Ni kat Teluk Intan, Perak, kan? Haritu dtg melawat sekolah Cina kat Penang dan nyanyi lagu motherland, hari ni nak main bendera komunis China kat Teluk Intan ke? Whats next? pic.twitter.com/xHpbXfMfVd
— Ronin Malaya (@RoninMalaya) October 24, 2024