Disebabkan membatalkan penglibatannya di saat-saat akhir, pendakwah dan aktivis, Ebit Lew menjadi punca pihak penganjur sebuah acara jualan kerugian puluhan ribu ringgit.
Menurut Roslan Shah, Ebit sepatutnya dijadulkan hadir ke acara di Singapura itu bermula esok, Jumaat namun pihak pengurusan didakwa tidak memaklumkan lebih awal tentang keberangkatannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji.
Katanya Ebit ke sana di saat-saat akhir dan terpaksa membatalkan penglibatan untuk acara minggu ini….”
….Apa yang buat saya kesal, mereka tidak maklumkan kepada saya sehingga pihak penganjur sendiri yang beritahu selepas melihat perkongsian Ebit yang sudah berada di Mekah.”
View this post on Instagram
Kata pengacara berusia 51 tahun itu lagi, penganjur acara The Wedding Affair terpaksa tanggung kerugian hampir SGD10,000 (kira-kira RM34,600) akibat pembatalan saat akhir.
Jumlah tersebut adalah perbelanjaan untuk kos penginapan, pengiklanan dan sewa tapak perniagaan.
Bukan itu sahaja, Roslan pula harus berdepan dengan pihak penganjur sendiri memandangkan dia merupakan pengantara yang akan membawa selebriti untuk terlibat dalam acara terbabit.
Sekarang ini saya pula yang kena menjawab. Saya hanya bantu selebriti untuk dapatkan tempat berniaga tetapi bila berlaku begini nama saya jadi buruk.”
Bagaimanapun Roslan berkata dia bukanlah sengaja memburukkan keadaan dan faham bahawa ibadah Haji itu perlu diutamakan.
Namun dia kecewa kerana tidak dimaklumkan tentang hal itu lebih awal dan berharap pihak Ebit dapat membayar ganti rugi kos penginapan di hotel Singapura yang telah ditempah untuk tempoh tiga hari.