Ratu Rock negara, Ella mengakui tidak berada pada posisi yang sesuai untuk mengulas lanjut mengenai khabar pergolakan rumah tangga anak saudaranya, Kaka Azraff.
Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 58, soal rumah tangga adalah perkara privasi dan beliau hanya mampu memberi sokongan penuh serta doa buat penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu.
Perkara sebegitu saya tak boleh masuk campur. Saya sebagai makcik dia, hanya beri sokongan padu untuk Kaka.
Tambah Ella, apa juga keputusan yang dibuat Kaka adalah haknya sebagai individu yang matang.
Semuanya terpulang pada Kaka. Kita doakan yang terbaik sahaja.
Terdahulu, media melaporkan Kaka Azraff dan suaminya telah sah bercerai talak satu pada 28 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan (6), Aryan (4) dan Atta Adam (2).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.