“Sebagai Kakak, Saya Dah Lakukan Bahagian Saya” – Neelofa Sudah Beri Nasihat, Minta Netizen Berhenti Kecam Ameera Khan

Hiburan

“Sebagai Kakak, Saya Dah Lakukan Bahagian Saya” – Neelofa Sudah Beri Nasihat, Minta Netizen Berhenti Kecam Ameera Khan

Pelakon dan usahawan, Neelofa meminta agar orang ramai untuk berhenti mengecam adiknya, Ameera Khan dan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol yang sedang hangat bercinta.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan terdapat pihak yang kurang senang dengan kemesraan yang dipamerkan mereka di media sosial selain kisah peribadi Jefri yang penuh dengan cerita panas.

Advertisement

jefri nichol cium ameera khan

Menurut Harian Metro, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia sudah menjalankan tanggungjawab dalam menasihati adiknya.

Saya tak boleh kongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya dah lakukan bahagian saya dan saya tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

Pada masa yang sama, saya minta semua jangan kecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun tak suka atau suka, tolong selitkan doa yang baik.

Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Mestilah saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya.

neelofa

Dalam pada itu, pelakon itu akui dia tidak terganggu dengan segala kecaman yang telah dilemparkan.

Kata Neelofa, keluarganya mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku dengan berhemah dan beradab.

Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

 

Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia.

Baru-baru ini, Ameera mencuri tumpuan apabila dilihat duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra dalam satu hantaran terbaharu di media sosial.

Lebih mengejutkan, aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat dalam pelukannya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

jefri nichol cium ameera khan
6 days ago

Netizen 'Panas' Jefri Nichol Muat Naik Video Cium Ameera Khan - "Tayang Maksiat Macam Tu Je, Tak Malu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...