“Sebagai Ibu Saya Sangat Trauma” – Cik B Akhirnya Pulih Dari COVID-19, DSV Ungkap Rasa Syukur

Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Sangat Trauma” – Cik B Akhirnya Pulih Dari COVID-19, DSV Ungkap Rasa Syukur

Pengasas usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkongsikan berita gembira di akaun Instagramnya bahawa anak perempuannya, Cik B telah pun pulih daripada jangkitan COVID-19.

Menurut usahawan jutawan itu, status kesihatan anak perempuannya telah disahkan pulih oleh doktor selepas membuat ujian calitan, kelmarin.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Vida atau lebih mesra dikenali DSV berkata Cik B amat bertuah kerana ramai yang mendoakannya dan juga memberi tips-tips serta cara untuk tangani jangkitan ini.

Jelasnya lagi, dia mengakui kejadian seperti ini sedikit sebanyak sememangnya membuatkan dirinya berasa trauma kerana tidak pernah melaluinya sebelum ini.

Sebagai ibu saya sangat trauma. Alhamdulillah Cik B tak ditempatkan di pusat kuarantin kerana alami masalah pernafasan.

Datuk Seri Vida dan anak-anaknya

Terdahulu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin telah disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya sejak 19 November lalu.

Cik B
3 years ago

Tak Boleh Bau Makanan, Cik B Disahkan Positif COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...