Dakwaan tentang Marissa Dania telah bernikah dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand masih hangat menjadi bualan ramai dimedia sosial.
Selepas beberapa hari berdiam dan tidak memberikan apa-apa respon, Abby Abadi tampil membidas beberapa berita yang diterbitkan sebelum ini.
Tak pernah mengiyakan berita pernikahan
Menerusi Instagram story, pelakon berusia 47 tahun itu mempersoal salah satu media portal tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.
Saya tak pernah mengiyakan tentang pernikahan itu macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula?
Tak pernah menangkan anak
Katanya, dia tidak pernah mengiyakan tentang pernikahan tersebut malah turut menafikan kata-kata ramai bahawa dia membela anaknya sejak isu ini tular.
Muktamad, sebagai ibu dari awal timbul isu ini saya tak pernah bela dan menangkan anak saya.
Terdahulu, Marissa telah menutup ruangan komen sejak isu ini tular namun ramai warganet ‘menyerang’ Abby dan Norman di Instagram mereka dan meninggalkan komen berkenaan pernikahan tersebut.
Sejak awal minggu ini, hangat diperkatakan tentang dakwaan bahawa Marissa dan Aslam telah melangsungkan pernikahan itu ketika isteri pertama, Misya berada di Mekah untuk tunaikan umrah.