Sejak beberapa hari yang lepas, nama Abby Abadi kembali menjadi perhatian ramai selepas dirinya memuat naik status mempertikai sikap menantunya, Aslam yang tidak datang berjumpa untuk memohon maaf ataupun berbincang soal perkahwinan bersama Marissa Dania di Songkhla, Thailand.
Status baru Abby curi perhatian
Terbaru, di platform Threads, satu status yang baru dimuat naik oleh Abby telah menarik perhatian ramai selepas dia mengakui terlalu banyak kesilapan yang dilakukan seperti bersikap lembut serta mengalah dalam banyak hal.
Malah, merasakan perkara yang berlaku ketika ini saling berkait dengan kisah lalunya bersama bekas suami, Norman Hakim.
Banyak perkara yang tak selesai dan mengecewakan saya. Berbelas tahun dah.. ingatkan bila berbaik, hal anak-anak akan jadi lebih baik tapi sebagai mama kepada anak-anak yang ada ni, saya menyesal tentang banyak perkara.
Lebih pilih diam diri, bimbang terbuka aib
Bahkan, lebih memilih untuk mendiamkan diri dalam banyak hal kerana bimbang banyak aib yang akan terbuka.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang memberi kata-kata semangat buat Abby untuk kekal kuat hadapi ujian ini dan meminta orang ramai berhenti mengecam tindakan Abby meluahkan perasaan di platform media sosial.