“Sebagai Anak, Saya Rasa Begitu Bersalah..” – Syed Saddiq Dedah Ibu Hidap Kanser Semula Akibat Tekanan Kes Mahkamah

Berita

“Sebagai Anak, Saya Rasa Begitu Bersalah..” – Syed Saddiq Dedah Ibu Hidap Kanser Semula Akibat Tekanan Kes Mahkamah

Selepas lima tahun melalui detik sukar yang disifatkannya sebagai ‘neraka’, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa bersalah apabila tekanan daripada kes mahkamah yang dihadapinya menyebabkan kanser ibunya kembali berulang.

Syed Saddiq serba salah

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sepanjang tempoh perbicaraan, integritinya cuba dijatuhkan, manakala kedua ibu bapanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff, terpaksa berulang kali melalui sesi soal siasat, memberi tekanan besar kepada seluruh keluarganya.

Advertisement

syed saddiq

Ibu ayah masuk keluar disoal siasat. Saya sebagai anak rasa begitu bersalah kerana tekanan sampai ibu menghidap penyakit kanser lagi sekali.

Beliau turut berkata, pelbagai tawaran yang diterimanya namun terpaksa ditolak demi memilih jalan yang lebih sukar untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Pelbagai tawaran yang saya terima, saya terpaksa tolak. Jalan mudah ditolak untuk membersihkan nama di mahkamah kerana akhirnya mahkamah itulah benteng terakhir bagi rakyat yang disalahi dan dikhianati.

Sebab itu kemenangan pada hari ini mengingatkan saya mengapa saya memilih jalan untuk mengabdikan diri kepada perjuangan untuk memajukan Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar apa yang dilaluinya tidak akan dialami oleh mana-mana musuh politiknya.

Syed Saddiq

Lima tahun itu sangat lama bila saya fikir segala rintangan, cabaran yang bukan setakat saya, ramai lagi yang lalui bersama dengan ugutan, sogokan tetapi saya ingat saat pertama apabila saya digertak, saya tidak rasa takut kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar.

Nak tawar apa pun, nak ugut apa pun tak mengapa kerana akhirnya saya hanya sekadar kenderaan kecil yang rapuh, boleh ditukar pada bila-bila masa. Tapi kenderaan inilah akhirnya memilih jalan untuk mengabdikan diri kepada Malaysia dan rakyatnya.

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, sebulat suara memutuskan beliau tidak bersalah, sekali gus membatalkan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.

Syed Saddiq Dibebaskan, SPRM Umum Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan
39 mins ago

Syed Saddiq Dibebaskan, SPRM Umum Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...