“Sebagai Anak Saya Mahu Beri Kenangan Terindah Buat Ibu” – Ning Baizura Sertai Gegar Vaganza Demi Ibu

Hiburan

“Sebagai Anak Saya Mahu Beri Kenangan Terindah Buat Ibu” – Ning Baizura Sertai Gegar Vaganza Demi Ibu

Penyanyi, Ning Baizura telah memberikan kata setuju untuk menyertai Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) setelah beberapa kali di tawarkan untuk menyertai program tersebut.

Menurut Mstar, penyanyi tersebut terbuka hati untuk menerima tawaran itu kerana mahu memberikan satu kenangan yang terindah buat ibunya.

Advertisement

ning join gegar vaganza

Dalam keadaan ibu saya yang kini menghidap dimensia dan berusia 80-an, ini adalah masa yang terbaik untuk dia melihat anaknya kembali beada di televisyen.

 

Dia mungkin dah tak ingat bila kali terakhir saya buat kemunculan di televisyen. Sebagai anak saya mahu berikan kenangan terindah buat ibu.

Penyanyi itu turut berkata ibunya yang sudah tiga tahun disahkan menghidap penyakit itu teruja untuk menghadirkan diri sebagai penonton sempena ulang tahun kelahiran pada 1 Disember depan.

Sebenarnya hampir setiap tahun pihak produksi ajak saya sertai. Mungkin belum terpanggil lagi untuk sertai tahun sebelum ini.

Ning turut memberitahu bahawa dia akan menjadikan setiap tema yang diberikan sebagai satu cabaran buat dirinya.

2 months ago

“Bila Diminta Menyanyikan Lagu Secara ‘Live’, Mungkin Dia Agak Terkejut” - Ippo Hafiz Pertahankan Fazura, Mungkin Ada Masalah Teknikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...