“Sebagai Anak Pahang, Patik Bangga..” – Siti Nurhaliza Zahirkan Ucapan Terima Kasih Kepada Al-Sultan Abdullah & Tungku Azizah

Trending

“Sebagai Anak Pahang, Patik Bangga..” – Siti Nurhaliza Zahirkan Ucapan Terima Kasih Kepada Al-Sultan Abdullah & Tungku Azizah

Ekoran penamatan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam, penyanyi terkemuka Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengucapkan junjungan terima kasih terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah.

Bakal merindui

Berdasarkan hantaran yang dikongsi di Instagram, Siti meluahkan rasa bangga dan terharu kerana mempunyai pemerintah yang berjiwa rakyat dan merendah diri.

Advertisement

Menjungjung kasih Tuanku. Terima kasih di atas pemerintahan Tuanku selama 5 tahun dan bakal dirindui oleh seluruh rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Bangga menjadi anak Pahang

Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga tidak lupa melafazkan rasa bangga sebagai anak jati Pahang. Tambahnya, dirinya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Raja dan Permaisuri tersebut.

Selamat berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai anak Pahang, patik sangat berbangga dan bersyukur mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat.

@beautifulnara #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #tiktokguru #learnontiktok #rajapermaisuriagong #berangkat #daulattuanku ♬ original sound – Beautifulnara.com

Untuk info, pada 31 Januari 2024, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijadualkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada hari ini di Istana Negara.

agong
3 months ago

(VIDEO) "Benda Manis Tak Akan Kekal Lama.." - Video Raptai 'Sending Off' Agong Pulang Ke Pahang Buat Rakyat Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...