Terbaharu, berlakunya perselisihan faham di antara pelakon muda, Puteri Balqis dan juga Mia Sara atas sebab komen yang dimuat naik di platform TikTok milik Mia.
Perselisihan faham itu bermula apabila Mia menjawab pertanyaan seorang pengguna TikTok yang bertanya kepada dirinya tentang Balqis dan melihat pada ayat tersebut, Mia berkata tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama jadi tidak perlu menyalahkan Balqis jika dia seperti itu.
Akan tetapi, hal tersebut disalah anggap oleh Balqis yang merasakan Mia ‘sengaja’ mengatakan perkara buruk tentang dirinya di dalam platform terbabit dan mendakwa dirinya dikecam banyak pihak disebabkan komen Mia itu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Balqis turut berkata dia berasa sangat kecewa dengan tindakan pelakon tersebut kerana ia melibatkan ibu kesayangannya.
Aku tak pernah dibesarkan untuk cakap buruk atau maki orang lain biarpun perkara itu menyakitkan. Sebabkan dia aku kena maki dengan ramai pihak.
Tambahannya lagi, dia sempat menasihati Mia bahawa memakai tudung itu bukanlah ‘tiket’ untuk berkata buruk tentang orang lain dan tidak menyangka Mia memperlihatkan perangainya seperti itu di khalayak umum.
Nama ‘Mia Sara’ sekarang ini trending di platform Twitter kerana kemelut yang sedang berlaku ini dan kelihatan netizen berbelah bahagi, ada yang menyebelahi Balqis, namun ada juga yang menyebelahi Mia Sara.
Aku Menyampah
February 13, 2022 at 1:01 am
Aku tak rasa pun kata2 c Mia tu slh. Btlla apa dia ckp tu..c Aqish ni ambik sekerat ja.. Yg kononnya tdk dididik dr kecik.. Acah2 tersakiti pula. Aku baca ayat c Mia tu ok ja. Dia siap backup lg c Aqish ni.. Yg aku nmpk c Aqish ni yg over.. Smpi gelar org English rempit… Stupid & Pathetic Aqish…
sha
February 12, 2022 at 5:11 am
pelik sungguh manusia mulia mcm korg ni..masa balqis dgn ibu die tgh susah sampaikan makan pun kdg ada kdg xde skrg korg plak sibuk psl pakaian die..biar die la bukan die susahkan korg pun duit korg pun die xpinjam nk beli mknan dgn baju korg yg sibuk sgt hal die knpe korg ade masalah hati ke..masa die susah dlu sepatutnye korg amek thu bukan psl pakaian die..kdg2 yg bertudung yg bleh korg masuk surga tau silap hari bulan mulut korg tu yg heret korg masuk neraka sbb sibuk mengata org
Anonymous
February 11, 2022 at 10:19 am
People are so obsessed with being religous they forgot being human.
Momo
February 11, 2022 at 3:23 am
Mia actually nk back up aqish tpi tu lah ayat dia tk susun cantik yg menyebabkan salah fhm antra drg.
Anonymous
February 10, 2022 at 10:02 pm
Mia mungkin tidak pernah hidup susah mcm Aqish. Sbb tu dia naif. Tp Aqish lain. Pengalaman mengajar Aqish menjadi jàuh lebih matang. So, Aqish pls forgive and forgrt what Mia said sbb dia masih budak kecik. Belum rasa susah mcm Aqish. Lastly Aqish, May Mighty ALLAH SWT protect and Bless U & Mom with good health, and prosperity.