Dalam pada ramai selebriti lain dan pempengaruh tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan kesedaran tentang isu Palestin, penyanyi kegemaran Malaysia berbuat sebaliknya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih pujian warganet terutamanya dalam kalangan peminat apabila disifatkan melakukan sesuatu yang besar kerana sanggup mengetepikan hal lain untuk mengutamakan isu Palestin.
Menerusi Twitter, seorang peminat tegar TokTi mendedahkan penyanyi itu sanggup untuk mengabaikan dan tidak mempromosikan dua video muzik terbarunya untuk memberi fokus terhadap hantaran berkaitan Gaza.
Dia lebih fokus buat hantaran pasal kutipan dana untuk bantu saudara kita dekat Gaza sana. Tengok lah pinned post pun pasal bantuan instead of pasal karier.
Siti Nurhaliza baru release dua music video baru Sehebat Matahari dan Senyawa. Tapi instead of all out promote both the MV, dia lebih fokus buat posting fasal kutipan dana untuk bantu saudara kita dekat Gaza sana. Tengok la pinned post pun pasal bantuan instead of fasal karier ❤️ pic.twitter.com/aFnJpLkUPB
— ALAN (@IniAlalalannn) October 15, 2023
Ramai warganet memuji penyanyi nombor satu negara itu kerana melakukan kebaikan dengan ikhlas dan menggunakan pengaruhnya untuk perkara yang sepatutnya.
Selain TokTi, Faizal Tahir juga antara selebriti yang tidak henti henti menyebarkan kesedaran dan kemas kini tentang keadaan di Palestin.