“Sebab Semalam Pun Tiba-Tiba, Kita Semua Pun Main Tiba-Tiba” – Puteri Sarah Mohon Hak Penjagaan Anak

Hiburan

“Sebab Semalam Pun Tiba-Tiba, Kita Semua Pun Main Tiba-Tiba” – Puteri Sarah Mohon Hak Penjagaan Anak

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengesahkan telah memfailkan hak penjagaan anak-anak (hadanah) penuh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Menurut laporan Kosmo, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia membuat permohonan itu selepas difikirkan secara tiba-tiba.

Advertisement

Sebab semalam pun tiba-tiba, kita semua pun main ‘tiba-tiba’.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Sarah, Puteri Ummi berkata pihaknya memfailkan permohonan hadanah itu mengikut Seksyan 81 Akta (303)(1) tertakluk kepada Seksyen 82.

Seksyen itu memperuntukkan ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Jelas peguam syarie itu turut lagi, setakat ini pihak mereka masih belum menyerahkan sesalinan dokumen mengenai permohonan hadanah tersebut kepada pihak defendan, Syamsul Yusof.

Kami masih menunggu peluang, pihak kami baru memfailkan hadanah itu hari ini. Jika ada peguam daripada pihak defendan, kita boleh serahkan pada peguam.

Sumber: Malaysia Gazzette

Info tambahan, Hadanah bermaksud hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(TERKINI) Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah Syariah Untuk Failkan Hadanah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...