Baru-baru ini pempengaruh Aisar Khaled telah tampil berkata dirinya akan membuat tour dari rumah ke rumah untuk memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya mendapat cabutan bertuah semasa siaran langsungnya di TikTok.
Disebabkan sebelum ini didakwa menipu orang ramai yang masih belum mendapat hadiah dari Aisar, dirinya telah bertegas akan mengagihkan hadiah-hadiah berkenaan kepada si pemenang di serata Malaysia hari ini.
Awak kena faham, cara komen “saya nak” di komen live ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni.
Disebabkan ramai yang panas, sebagai bukti hari ni saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada siapa yang komen dalam live saya.
View this post on Instagram
Kata pempengaruh berumur 23 tahun ini, hadiah-hadiah yang bakal diberi kepada orang ramai terdiri dari sebuah motor, televisyen, Iphone dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, masih ramai yang tidak berpuas hati kerana hadiah sebuah kereta Mercedes yang dijanjikan Aisar masih lagi belum ditunaikan meskipun sudah berkali-kali berkata akan memberi hadiah tersebut secepat mungkin kepada pemenang.