Isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh, tampil bersuara mengenai dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan ujian rumah tangganya kini sebagai balasan atau kifarah terhadap perbuatannya yang lalu.
Menurut Fara, dia mengakui pernah menerima kifarah sebelum ini, namun situasi yang sedang dihadapinya kini bukan lagi berkait dengan hal tersebut, sebaliknya melibatkan isu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak.
Ini bukan hal kifarah dah. Kifarah dah lama dapat dah. Ni soal tanggungjawab dah. Takkan anak-anak yang tak ada binti bin bapa lain tu semua kifarah.
Dalam pada itu, Fara turut mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk meneruskan hubungan dengan Shuk dan memilih untuk berkahwin dengannya, meskipun pernah melalui pelbagai kontroversi.
Saya tak nampak semua itu sebelum ini. Saya niat nak betulkan keadaan… sebab nama dah busuk. Saya nampak semua itu selepas empat bulan nikah.
Fara turut berkongsi momen di mana Shuk dilihat bersungguh-sungguh mahu bersamanya, termasuk usaha keras yang dilakukan oleh Shuk sebelum mereka berkahwin.
Apa yang saya nampak mula-mula masa itu ‘kau stay dengan aku… tak kahwin kenapa? Bila aku hilang, aku blah, kau cari gila-gila sampai ke Segamat kau cari.
Bagi saya, masa itu fikir dia serius ini. Lepas dia balik umrah dengan Sera, dia cari saya bagai nak gila sampai minta maaf apa semua. Jadi saya ingatkan semuanya baik.
Walaupun masa tu ada tuduhan perempuan murah dan sebagainya. jadi saya fikir macam ‘dia ini insecure kot’. Kahwin nanti dah ada depan mata dia okay la. Jadi, okay kahwinn… walaupun ada perbalahan sebelum kahwin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.