“Sebab Itu Saya Pertahankan Bertahun-Tahun..” – Bella Astillah Penat Naik Turun Mahkamah, Cuba Elak Cerai Berkali-Kali

Hiburan

“Sebab Itu Saya Pertahankan Bertahun-Tahun..” – Bella Astillah Penat Naik Turun Mahkamah, Cuba Elak Cerai Berkali-Kali

Terkini, media hiburan digemparkan dengan berita isu antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz yang tidak jadi bercerai di mahkamah hari ini. Namun, Bella berkata dirinya sudah penat untuk mempertahankan rumah tangganya.

Pertahankan rumah tangga bertahun-tahun

Selepas perbicaraan tersebut berlangsung, Bella mengakui pada media bahawa dirinya juga sayangkan rumah tangga dan keluarganya itu namun tidak menafikan dirinya sendiri sudah penat untuk menghadapi dugaan bersama suaminya itu.

Advertisement

Siapa yang tak sayangkan rumah tangga. Saya percaya tiada siapa yang kahwin nak bercerai-berai.

 

Ini kali kedua kita datang ke mahkamah balik. Semua orang ingat saya suka ke datang ke mahkamah, failkan cerai. Inilah perkara yang saya nak jauhkan. Sebab itu lah saya pertahankan rumah tangga bertahun-tahun.

 

Siapa yang tak sayangkan anak-anak, tak sayang keluarga. Tapi saya rasa cukuplah pertahankan.

@beautifulnara #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #aliffaziz #bellaastillah ♬ In the presence of Angels – Braam Official

Aliff kekal bersama ibu

Dalam pada itu, selepas memberi kenyataan dirinya hendak mempertahankan rumah tangga bersama Bella, Aliff Aziz terlihat meninggalkan perkarangan mahkamah dengan ibunya tanpa memberi penjelasan lanjut kepada pihak media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Terdahulu, pasangan ini telah bercerai kali pertama pada 16 Mei 2019 namun kembali rujuk ketika Bella masih dalam tempoh edah. Pada 13 Mac lalu pula, Bella telah memfailkan cerai secara ekspres namun Aliff gagal hadir ke perbicaraan atas sebab urusan kerja.

bella astillah
8 months ago

TERKINI: Aliff Aziz Tidak Setuju Ceraikan Bella Astillah - "Saya Masih Sayangkan Bella"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...