Baru sahaja selesai konsert minggu pertama, nampaknya hos program nyanyian Gegar Vaganza All Star, Jihan Muse, Kak Lina & Nabil Ahmad menjadi tumpuan gara-gara gurauan ‘tak patut’ mengenai vokalis kumpulan Exist, Mamat.
Semuanya bermula apabila Elly Mazlein mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam GV All Star sedangkan seorang lagi vokalis kumpulan tersebut, Ezad Lazim diundi masuk mengisi kekosongan slot musim kali ini.
“Memanglah minat Exist, ingatkan Mamat” ujar Elly dalam gaya mengacaranya itu.
Nabil kemudian tampil menyampuk dan berkata “Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih ‘tinggi'”
Gurauan itu kemudiannya disambut pantas Jihan Muse yang mengandaikan Mamat sedang mendaki bukit.
Jihan juga memberi peringatan dengan menunjuk ke arah Nabil dengan mimik terkejut.
Sekadar info, Mamat Exist merupakan tempat ketiga musim pertama GV pada tahun 2014 yang lalu.
Malam tadi, pentas hiburan menyaksikan 16 bekas peserta GV membuat persembahan konsert minggu pertama demi merebut hadiah wang tunai bernilai RM200,000.
Manakala bagi peserta ‘hot seat’, antara peserta yang terpilih adalah Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.