Pelakon berbadan sasa, Ammar Alfian menerusi hantaran di media sosial mendedahkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan cerita tidak betul tentangnya.
Hantaran tersebut dibuat dipercayai ditujukan kepada wanita yang tular ketika ini kerana mendakwa dirinya telah menjadi mangsa keganasan dan turut menunjukkan beberapa bukti kecederaan dialaminya.
Sebab aku besar, aku garang, kau gunakan karakter aku untuk kenakan aku.
Kata Ammar, individu yang sama itu pernah cuba memfitnahnya pada tahun lalu dengan naratif yang sama, menjadi mangsa pukul namun tidak serik dan kembali membuat dakwaan sama tahun ini.
Tahun lepas kau lakukan perkara yang sama tapi aku tak buat apa apa dan biarkan sahaja. Tapi tahun ini kau kembali lagi dengan cerita yang sama namun ia membabitkan seseorang yang tidak bersalah, yang tiada kena mengena. Kali ini, aku akan lawan semula menggunakan cara yang betul iaitu undang-undang.
Terdahulu, tular pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa pukul malah pernah dicekik oleh pelakon berbadan sasa sehingga mengalami kecederaan di mata dan lebam-lebam di leher serta tangan.